Lengkapkan ayat-ayat yang berikut
dengan memilih kata-kata yang paling sesuai
1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri
tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
A tanya-menanya C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok
2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana
sudah lewat.
A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh
3. Kedengaran _______ suara orang
bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh
4. Selepas mesyuarat mereka minum
sambil _____ di tepi kolam renang itu.
A berbual-bual C bercakap-cakap
C berehat-rehat D berbaring-baring
5. Encik Razak membawa _______ dari
Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu
6. Beberapa ekor ______ yang berwarna
–warni terbang di dalam rumah kami.
A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi
7. Suasana dalam mesyuarat itu ______
apabila dua pihak berbalah.
A huru-hara C lintang-pukang
B hingar-bingar D porak-peranda
8. Jalan raya yang _____ itu amat
berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal.
A lintang-pukang C lekuk-lekak
B lintang-kedak D kacau-bilau
9. Seorang pekerja bahagian stor telah
diberhentikan ______ oleh pihak pengurusan pasar raya itu kerana masalah disiplin.
A terus-menerus C serta-merta
B pontang-panting D tunggang-langgang
10. _______ penceroboh itu sedang
diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
A Tingkah-laku C Gerak-geri
B Sorak-sorai D Desas-desus