Monday, October 8, 2012

LATIHAN KATA GANDA


Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih kata-kata yang paling sesuai

1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
A tanya-menanya C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok

2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat.
A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh

3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh

4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.
A berbual-bual C bercakap-cakap
C berehat-rehat D berbaring-baring

5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu

6. Beberapa ekor ______ yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami.
A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi

7. Suasana dalam mesyuarat itu ______ apabila dua pihak berbalah.
A huru-hara C lintang-pukang
B hingar-bingar D porak-peranda

8. Jalan raya yang _____ itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal.
A lintang-pukang C lekuk-lekak
B lintang-kedak D kacau-bilau

9. Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan ______ oleh pihak pengurusan pasar raya itu kerana masalah disiplin.
A terus-menerus C serta-merta
B pontang-panting D tunggang-langgang

10. _______ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
A Tingkah-laku C Gerak-geri
B Sorak-sorai D Desas-desus

6 comments:

  1. Bahan yang menarik..blh jadi rujukan anak saya waie dan syaura...terima kasih cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedikit sebanyak dapat menjana minda secara santai....

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tahniah...teruskan usaha akak!

    ReplyDelete
  4. cikgu, latihan ni saya dah buad dengan kawan kawan. senang laa cikgu. boleh memantapkan lagi tatabahasa saya.

    ReplyDelete